Guru Dipecat, Sengaja Tolak Kanak-kanak OKU 4 Tahun (Video)

Gara-gara sengaja menolak seorang kanak-kanak kurang upaya yang berusia empat tahun, seorang guru dipecat meskipun dia sudah 20 tahun mengajar di pusat pengajaran Pre-K.



Tindakan guru berkenaan, Amelia Stripling itu dirakamkan menerusi kamera CCTV. Ibu bapa kanak-kanak itu kini telah mendapatkan khidmat peguam.

Dalam rakaman berkenaan, Amelia yang pernah mendapat anugerah guru cemerlang pada 2014, telah menggunakan lutut kirinya untuk menolak belakang kanak-kanak berkenaan.


Ia menyebabkan kanak-kanak pendidikan khas itu jatuh tersembab ke lantai.Ketika itu Amelia dalam perjalanan masuk ke dalam kelas.

Amelia Stripling
Amelia Stripling
Menurut ibu kanak-kanak berkenaan, Sarah Patterson, tolakan lutut Amelia ke belakang anaknya telah mengakibatkan kanak-kanak yang baru menyambut hari jadi ke-4 bulan ini, terjatuh.


Meskipun kanak-kanak berkenaan tidak mengalami kecederaan namun Sarah mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Amelia.

Dia juga telah melaporkan perkara berkenaan kepada jabatan perkhidmatan keluarga dan kanak-kanak. - Agensi

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments