Guru Meninggal Selepas Berucap Di Perhimpunan Pagi

BANDAR BAHARU, Isnin – Selepas mengadu pening ketika berucap pada perhimpunan hari pertama persekolahan pagi semalam, Suzana Ishak, 48 yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SK) Lubuk Buntar menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat sakit jantung.


Guru Meninggal Selepas Berucap Di Perhimpunan Pagi

Pengetua SMK Lubuk Buntar, Azaman Abdul Rahman berkata, Suzana baru memulakan ucapan pada perhimpunan pagi kira-kira jam 7.45 pagi apabila mengadu sakit kepala sebelum meminta guru lain meneruskan ucapan pada perhimpunan itu.


“Dia mengadu pening sebelum dipapah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) untuk dibawa ke dalam bilik makmal sains berdekatan kawasan perhimpunan untuk berehat.

“Ketika berbual, Suzana memberitahu dia banyak minum air kerana cuaca panas akibat bimbang terkena strok haba.

“Dia juga mengadu mahu muntah dan selepas dua kali muntah, Suzana hampir rebah tetapi sempat dipegang PKHEM,” katanya.

Arwah meninggalkan seorang anak lelaki berusia sembilan tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir selepas solat Asar petang, semalam.

Empat hari yang lalu, kejadian sepertinya berlaku apabila seorang pelatih asas kepolisan (PLAK) Siri 1/2016 yang baru sahaja menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat dilaporkan meninggal dunia.

Doktor turut memaklumkan keadaan mangsa kritikal kerana segala sel dalam badan sudah gagal untuk berfungsi selain terpaksa bergantung kepada bantuan mesin pernafasan.

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tangga Batu Kecil, Melaka.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments