Header Ads

  • Terkini

    Hantu Pocong Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya

    PADANG: Sekumpulan anggota polis di daerah Padang Pariaman memakai kostum pocong dan pontianak sebagai kempen kesedaran keselamatan jalan raya.


    Hantu Pocong Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya

    Kumpulan itu yang lengkap dengan solekan mengerikan berdiri di tepi jalan raya sambil memegang sepanduk meminta pemandu mematuhi undang-undang jalan raya.


    Jurucakap polis Padang Pariaman, Aris Chai berkata, aksi pocong ini memberi mesej kepada pengguna mengenai kadar kemalangan maut yang tinggi di daerah itu.

    “Kami mahu memberi amaran kepada pemandu supaya mereka tidak menjadi seperti pocong ini (mayat).



    “Kami juga mahu mengingatkan pengguna jalan raya supaya menyayangi nyawa mereka,” katanya.

    Dia berkata, pihaknya sudah beberapa kali menggunakan kostum pocong dalam kempen keselamatan jalan raya dan ia berjaya menarik perhatian pengguna. - Agensi


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad