Inilah Suspek Yang Lakukan Jenayah Kejam Terhadap Gadis 21 Tahun

Kubang Pasu: Seorang gadis berusia 21 tahun maut selepas dipukul teruk oleh seorang lelaki yang dipercayai kenalannya serta suami orang. Kejadian ini berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Gemilang, Jitra.


Inilah Suspek Yang Lakukan Jenayah Kejam Terhadap Gadis 21 Tahun

Mangsa yang dikenali sebagai Nurul Syahira Ishak dikatakan tidak sedarkan diri di bilik utama rumah teres tersebut dan kemudian dikejarkan ke Hospital Jitra pada pukul 1.30 petang dengan ambulans.

Menurut sumber, mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Kemudian, mayat mangsa di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.

“Pemeriksaan mendapati terdapat banyak kesan lebam di beberapa bahagian badan termasuk muka, kaki dan tangan mangsa dipercayai akibat dipukul.


Polis bersama unit forensik kemudian menjalankan siasatan di rumah tersebut dan merampas lebih 25 barangan termasuk termos yang kemek, televisyen yang pecah skrin, tuala, bantal serta kerusi plastik patah.

“Difahamkan mangsa tinggal di bilik tersebut bersama lelaki itu yang bekerja sebagai penjual insurans serta ahli keluarganya. Isteri suspek merupakan seorang doktor di hospital kerajaan dan pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia lima bulan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Suspek yang merupakan suami kepada seorang doktor kerajaan sudah mempunyai anak yang berusia lima bulan. Malah, pasangan itu dilihat dibawa menaiki van polis kira-kira pukul 8 malam menuju ke Ibu Pejabat Polis Kubang Pasu untuk soal siasat.

Menurut jiran mangsa mendakwa pasangan tersebut baru sahaja berpindah ke rumah berkenaan dan ada antara mereka menjelaskan pasangan terbabit menyewa bilik utama sebagai kediaman mereka sejak tahun lepas.

“Kami yang tinggal di sini memang sering mendengar jeritan lelaki tersebut. Tetapi tidak tahu pula siapa dimarahnya dan kami sangkakan mereka suami isteri bergaduh.

“Tetapi tidak pernah pula kami melihat kelibat mangsa. Cuma suspek saja yang selalu dilihat di balkoni manakala isteri dan anaknya pun jarang sekali jumpa,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Nashir Ya mengesahkan kejadian ini dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu. - Bernama

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments