Terkini

Isteri Disimbah Asid Selepas Bertengkar Dengan Suami

DHAKA, BANGLADESH: Hanya kerana pergaduhan kecil, seorang isteri cedera parah selepas disimbah asid oleh suaminya sendiri, kelmarin.


Isteri Disimbah Asid Selepas Bertengkar Dengan Suami

Menurut Dailymail, Tania Parvin, 25 mengalami kesan terbakar di bahagian kiri muka dan bahagian kiri badan dan keseluruhan tangan kirinya.

Tania kini dirawat di Dhaka Medical College Hospital dan terpaksa dibalut hampir separuh badan.


Laporan media tempatan mengatakan Tania disimbah asid pada jam 8 malam waktu tempatan ketka sedang bersedia untuk sembahyang.

Sehingga kini, Tania merupakan salah seorang dari 3625 mangsa serangan asid di Bangladesh sejak tahun 1999 hingga 2016.

Daripada jumlah tersebut, 1847 merupakan mangsa wanita, 901 mangsa lelaki dan 877 mangsa kanak-kanak.

Asid menjadi pilihan penjenayah disebabkan kos yang rendah dan kesan kecederaan yang teruk apabila digunakan. --Sinar Harian



No comments