“Kalau Bakal Isteri Begini, Hantaran RM20,000 Pun Sanggup”

Nampaknya sejak dua tiga hari ini penuh di dada-dada Facebook orang sibuk bersembang pasal hantaran, akan keluarlah pelbagai kisah hantaran dek pengalaman masing-masing.


“Kalau Bakal Isteri Begini, Hantaran RM20,000 Pun Sanggup”


Ada yang membuat ukuran hantaran perkahwinan berdasarkan taraf pendidikan dan ada yang membuat ukuran taraf hantaran perkahwinan tahap agama seorang wanita.

Yang pasti wanita itu bukan untuk dijual beli, ketahuilah hantaran cuma adat, yang wajib adalah mahar atau mas kawin di mana suatu pemberian daripada suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.



Jika diikutkan konsep mahar dalam Islam ini maka tidak akan timbullah isu 'nak jual anak', isu hantaran melampau tinggi di mana akhirnya akan menyusahkan pasangan pengantin itu sendiri di belakang hari.

Tetapi, jika wanita itu seorang yang hebat agama dan akhlaknya, tidak salah untuk pasangan lelakinya memberi hantaran sebagai penghargaan.

Seorang lelaki bernama Abg Cha telah berkongsikan kisah isterinya yang mempunyai kelebihan agama yang cukup tinggi tetapi mas kahwin RM800 dan hantarannya hanya RM5000.

Ramai netizen yang berkata, inilah ciri-ciri sebenar bakal isteri dengan hantaran RM15K dan ada juga yang berkata, sanggup memberi hantaran RM20K untuk bakal isteri macam ini.

Jom kita baca apa yang ditulis beliau.

"Aku terima nikah Rabiatul Adawiah binti Mohd Sharif dengan mas kahwin RM800.00 tunai."
Duit belanja walimah urus RM5,000.00 sahaja.

Alhamdulillah isteri saya:

• Hafal Al-Quran.
• Tamat pengajian alimah.
• Pandai masak.
• Rajin mengemas.
• Taat suami.
• Tidak melawan hanya memberi pandangan.
• Sudah lahirkan 4 cahaya mata.
• Sama-sama usahakan madrasah tahfiz/anak yatim.
• Mempunyai beberapa cawangan Al-Quran.
• Ada rumah sendiri. Ada kenderaan sendiri.
• Mempunyai ratusan pelajar dan sudah ada yang pakar Al-Quran.
• Tahun ini saya umur 33 dan isteri umur 28 tahun.

Cari pasangan(Baik lelaki atau perempuan) yang punyai agama. Dunia akan susuli.
Semoga Allah swt berkati kaum muslimin dan pasangannya.

#?Nanti kau belajar madrasah nak makan apa? Nanti duit pun takde nak kahwin, nak beli kereta. Alhamdulillah.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments