"Kami banyak melakonkan adegan bercium, tetapi semuanya dipotong"

Bukan cuma pasangan 'kekasih', Song Joong Ki dan Song Hye Kyo (aka 'Song-Song couple') yang saja tiba-tiba jadi fenomena menerusi drama terbitan KBS2, Descendants of the Sun yang kini sedang hangat ditayangkan.


"Kami banyak melakonkan adegan bercium, tetapi semuanya dipotong"

Malah satu lagi pasangan, Jin Goo dan Kim Ji Won (GooWon couple) juga berjaya mencuri tumpuan penonton.

Menerusi satu sesi temuramah baru-baru ini, Jin Goo bagaimanapun mendedahkan, sebenarnya ada beberapa adegan rahsia yang tidak ada di dalam episod pertama hingga lapan drama kegilaan ramai itu.


Aktor berusia 35 tahun itu turut meluahkan rasa kecewa kerana 'babak-babak rahsia' itu dipotong.

"Kami (saya dan Kim Ji Won) banyak melakonkan adegan bercium, tetapi semuanya dipotong. Jadi saya tidak pasti sama ada akan ada juga babak bercium pada episod akan datang. Tapi pada episod-episod akhir, kami memang banyak melakonkan adegan intim

"Saya rasa bagus juga kalau mereka ('GooWon couple') tidak menonjol di awal episod. Kami sangat bekerja keras untuk memberikan lakonan yang terbaik untuk babak itu (adegan ciuman), tapi saya rasa tentu penonton akan hilang fokus pada pasangan ini," tambahnya.



Sementara itu, sambutan terhadap drama yang sudah masuk episod ke-10 ini dilaporkan berjaya memecah rekod dan mencatat rating 30 peratus tontonan dan secara rasmi drama tersebut mendapat jolokan “Descendants Syndrome".

Laporan Nielson Korea menyebut, rating bagi tayangan episod kesembilan pada 23 Mac lalu mencatat sebanyak 30.4 peratus yang mana sekaligus meraih kenaikan sebanyak 0.6 peratus daripada episod sebelumnya iaitu sebanyak 28.8 peratus.

Sekaligus, Descendent of The Sun menjadi berjaya mengatasi rekod drama terbitan MBC, Moon Embracing the Sun, yang ditayangkan pada 2012.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments