Terkini


Karnival Jadi Kecoh, Pokok Tumbang Hempap Kereta

SEREMBAN: Kemeriahan orang ramai di Mini Karnival Keusahawanan Mara di Bangunan Seremban Plaza bertukar kecoh apabila terdapat pokok tumbang akibat hujan lebat dan ribut, petang tadi.


Karnival Jadi Kecoh, Pokok Tumbang Hempap Kereta
Sebuah kereta di Bangunan Seremban Plaza dihempap pokok dalam kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan ribut.
Malah kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu turut menyebabkan beberapa kenderaan rosak teruk akibat dihempap pokok.

Orang ramai yang berada di khemah bertempiaran lari apabila angin kuat turut menyebabkan ada khemah tumbang.


Kejadian sama turut berlaku di Jalan Seremban – Ampangan apabila pokok tumbang menghempap kereta dan menyebabkan berlaku kesesakan teruk di kedua-dua hala.

Difahamkan, turut berlaku kemalangan di Jalan Ampangan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya terdapat beberapa orang awam yang kelihatan trauma kerana terkejut dengan kejadian berlaku.

Setakat jam 7 petang tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban dan Polis masih melakukan kerja-kerja memotong pokok. --Sinar Harian


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments