Terkini

Kereta Pencuri Lembu Terbakar, Lembu Dicuri Rentung

BESUT – Salah seorang daripada suspek yang disyaki mencuri seekor lembu betina yang rentung dalam kereta di Kampung Bukit Kenak, Jerteh di sini semalam meninggal dunia.


Kereta Pencuri Lembu Terbakar, Lembu Dicuri Rentung

Suspek yang berumur 48 tahun dan berasal dari Kelantan itu meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan di Hospital Besut, dipercayai tercedera setelah kereta yang dinaikinya bersama lembu dan seorang lagi suspek terbabas dan terbakar di tepi Jalan Kuala Terengganu-Jerteh setelah diekori anggota peronda polis.



Ketua Polis Besut, Supt Khaled Che Lah ketika mengesahkan kematian lelaki itu memberitahu bahawa suspek meninggal dunia kira-kira jam 2.10 petang semalam.

Beliau yang enggan mengulas lebih lanjut memberitahu punca kematian masih disiasat dan laporan mengenainya akan diketahui selewat-lewatnya Sabtu ini.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi semalam mangsa bersama seorang suspek lain yang masih bebas telah dikesan oleh anggota Peronda MPV sedang membawa seekor lembu dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro di kawasan Jabi dekat Jerteh kira-kira jam 3.40 pagi.

Suspek kemudiannya diekori oleh anggota peronda berkenaan tetapi setelah menyedari mereka diekori, suspek telah memecut kereta ke arah Jerteh sebelum terbabas dan terbakar di sebelah kanan jalan dekat di Kampung Bukit Kenak dan pihak bomba terpaksa dipanggil untuk memadam kebakaran.

Bagaimanapun lelaki itu berjaya ditahan oleh polis manakala seorang lagi suspek yang dipercayai pemandu kenderaan itu berjaya meloloskan diri. – BERNAMA


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments