Terkini

"Keterlaluan dan mengejutkan!" - Korea Utara hukum pelajar AS kerja berat 15 tahun

Mahkamah Agung Korea Utara menjatuhkan hukuman kerja berat selama 15 tahun kepada seorang pelajar Amerika Syarikat, Otto Warmbier yang ditahan semasa melawat negara ini kerana melakukan jenayah.


"Keterlaluan dan mengejutkan!" - Korea Utara hukum pelajar AS kerja berat 15 tahun

Warmbier, pelajar berusia 21 tahun daripada Universiti Virginia itu ditahan pada Januari lalu kerana cuba mencuri item yang mengandungi slogan propaganda dari hotel di Pyongyang, demikian menurut media Korea Utara sebelum ini.


“Tertuduh membuat pengakuan berhubung kesalahan yang serius terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea,” demikian menurut laporan agensi berita KCNA yang dikuasai pemerintah.

Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) mengutuk hukuman yang dijatuhkan kepada pelajar daripada Wyoming, Ohio itu.

Agensi berita Kyodo Jepun menyiarkan gambar Warmbier dipimpin keluar dari mahkamah oleh dua pengawal beruniform dengan kepalanya tunduk.

“Hukuman Korea Utara terhadap Otto Warmbier bagi ‘gurauan gaya kolej’ itu adalah keterlaluan dan mengejutkan,” kata Phil Robertson, Timbalan Pengarah Bahagian Asia HRW, dalam kenyataan yang dihantar melalui email.

Sumber : Mstar


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments