Top Ad unit 728 × 90

recent

Khairy Sahkan Pegawai KBS Terlibat Kebas RM100 Juta

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan hari ini mengesahkan seorang pegawai yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 17 Mac lalu berhubung penyelewengan dana berjumlah RM100 juta adalah dibawah kementerian tersebut.


Khairy Sahkan Pegawai KBS Terlibat Rasuah RM100 Juta
Foto: siakapkeli
Perkara itu disahkan oleh menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebentar tadi dalam satu sidang media, lapor Sinar Harian.

Menurut Khairy, beliau dimaklumkan oleh pihak SPRM berhubung satu siasatan sedang dijalankan ke atas pegawai terbabit beberapa minggu lepas.


"Saya telah menyatakan kesediaan Kementerian Belia dan Sukan dan agensi-agensi dibawahnya untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM supaya siasatan ini dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh," katanya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dilaporkan sebagai berkata, pegawai kanan terbabit menerima habuan daripada pihak kontraktor antaranya rumah, kereta mewah pembayaran insuran dan unit amanah bernilai jutaan ringgit selain penggunaan kemudahan kad kredit supplementary serta pengubahsuaian rumah.

“Suspek juga didapati hidup terlalu mewah sehingga mampu membeli jam tangan dan beg tangan berjenama, pakaian serta barangan kemas yang ada diantaranya bernilai RM600,000 selain kerap ke luar negara menggunakan penerbangan kelas pertama,” katanya dipetik.

Mengulas lanjut isu tersebut, Khairy menyatakan bahawa pihaknya akan memberi kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk mengambil tindakan sewajarnya,

"Saya akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa," katanya. - mD


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Khairy Sahkan Pegawai KBS Terlibat Kebas RM100 Juta Reviewed by Adam Hakimie on March 21, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.