Terkini

Kisah Pasangan Pengantin Paling Muda Jadi Viral Dipertikai, Namun Ada Kisah Disebaliknya Yang Anda Tidak Tahu!

Anda pernah tengok pasangan pengantin yang rupanya jauh lagi muda daripada usia sebenar? Malah, ada yang mempersoal umur sebenar mereka. Media sosial Facebook sejak semalam viral dengan gambar pasangan pengantin dari Sungai Petani, kedah yang dikatakan pasangan paling muda pernah dilihat.


Kisah Pasangan Pengantin Paling Muda Jadi Viral Dipertikai, Namun Ada Kisah Disebaliknya Yang Anda Tidak Tahu!

Dikhabarkan, pengantin lelaki baru sahaja berusia 20 tahun, manakala pengantin perempuan pula berusia 19 tahun.

Bukan soal umur dipersoalkan, ramai netizen tidak percaya akan usia mereka setelah melihat gambar pasangan pengantin terutamanya pengantin lelaki.


Bahkan, usia 20 tahun dikatakan terlalu tua bagi pengantin lelaki tersebut. Bukan itu sahaja, seperti biasa pasti ada yang meninggalkan komen berbaur kritikan atau pun sindiran.




Menurut kakak kepada pengantin lelaki ini, Atikah Surida, adiknya mengalami penyakit Thalasemia Major. Penyakit ini akan menyebabkan tumbesaran terbantut.



Jadi wajarlah kenapa lelaki tersebut kelihatan jauh lebih muda daripada usia, ya tak? Jadi korang, sebelum mengkritik atau menyindir seseorang itu, biarlah berpada-pada, jangan cepat membuat tanggapan sendiri okay! Barakallah buat pasangan ini !


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments