Terkini

Komposer Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia - AL FATIHAH

KUALA LUMPUR – Komposer Datuk Adnan Abu Hassan meninggal dunia hari ini di Hospital Selayang.


Komposer Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia - AL FATIHAH

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, Adnan, 57, meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 pagi Jumaat akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah buah pinggang dan serangan angin ahmar.


Jenazah Allahyarjam akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah, Sungai Ramal, Kajang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan.

Dalam kerjaya seninya, Allahyarham banyak menghasilkan lagu artis-artis tempatan terutamanya menaikkan nama Datuk Siti Nurhaliza dengan lagunya Jerat Percintaan.

Sumbangan besar dalam kerjaya seni turut membolehkan Allahyarham menerima Anugerah Wirama dalam Anugerah Industri Muzik ke 17 pada tahun 2010. – BERNAMA.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments