Terkini

Lana Nodin sahkan sudah bersalin anak perempuan Januari lepas

Lana Nordin dan suami tidak keberatan memperkenalkan Gia (anak mereka) kepada umum, tetapi harus menunggu waktu yang sesuai.


Lana Nodin sahkan sudah bersalin anak perempuan Januari lepas

PELAKON popular Mazlina Hasan Nodin atau Lana mengesahkan desas-desus yang mengatakan dia sudah melahirkan anak sulung.

Lana selamat bersalin pada pertengahan Januari lalu di salah sebuah hospital swasta terkemuka di Kuala Lumpur.

BACA: Tahniah!.. Lana Nodin dan David McKenzie Sah Bergelar Suami Isteri


Sewaktu dihubungi kata Lana, bayi perempuan yang diberi nama Gia Quinn Mckienzie selamat dilahirkan dengan berat 4 kg.

Bercerita lanjut mengenai Lana tidak menguar-uarkan kelahiran Gia, dan hanya diketahui umum apabila dia bersama anak dan suami dilihat peminat berada di Singapura baru-baru ini, kata pelakon yang popular dengan filem Gol & Gincu perkara itu dilakukan atas kehendak suami.

Lana Nordin sahkan sudah bersalin anak perempuan Januari lepas

“Lagipun tidak ada yang bertanya. Dalam waktu sama lepas berpantang, saya dan Gia harus mengikut suami yang bekerja di luar negara,” katanya.

Tegas Lana lagi, dia dan suami tidak keberatan untuk memperkenalkan Gia kepada umum tetapi harus menunggu waktu yang sesuai.

BACA JUGA: Perkahwinan Lana Nodin & Daud McKienzie Dapat Tajaan RM2 Juta

Semalam salah sebuah portal hiburan memetik ucapan tahniah beberapa peminat dari Singapura di laman instagram Lana, apabila terserempak dengan pelakon itu di Singapura yang turut membawa Gia bersamanya.

Lana dan suami, David McKienzi atau Mohd Daud McKienzi bernikah pada 15 Mei 2015. Sumber: Astro Awani



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami →



No comments