Terkini

Laporan Ringkas & Gambar Fenomena Gerhana Matahari Di Negeri Johor

Laporan Ringkas & Gambar Fenomena Gerhana Matahari Di Negeri Johor. Kejadian Gerhana Matahari pada 9 Mac 2016, hari Rabu jam 8.23 pagi iaitu detik kemuncak gerhana dengan kadar 90%.


Gambar-gambar fasa gerhana matahari pada pagi 9 Mac, 2016 di Batu Pahat, Johor
Gerhana matahari yang akan berlangsung ini adalah ulangan 21 tahun yang lalu. 29 Jamadilawal 1416 hijrah hari selasa bersamaan 24 oktb 1995 masihi jam 12.30 tengahari iaitu waktu al-Zohirah (الظهيرة) juga di sebut al-Qailulah (القيلولة) dengan kadar gerhana 70%, manakala bulan yang menghalangi cahaya matahari itu berada pada kedudukan titik 'simpul atas' (العقدة الصاعدة).


Sekali lagi Gerhana matahari berulang pada tanggal yang sama iaitu 29 Jamadilawal 1437 hijrah hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 Masihi jam 8.23 pagi iaitu waktu Dhoha (الضحى) dengan kadar gerhana 90%, manakala kedudukan bulan yang menghalangi cahaya matahari berada pada kedudukan titik 'simpul bawah' (العقدة النازلة).

Pelajar SMK Seri Gading mengadakan solat gerhana di kawasan lapang sekolah
Pelajar SMK Seri Gading, Batu Pahat mengadakan solat gerhana di kawasan lapang sekolah

Mafhum firman Allah SWT : ayat 8 Surah Kaf (سورة ق) Fenomena Alam sebagai bukti kekuasaan Allah SWT mengandungi 2 nilai:

1- Tabsirah (تبصرة) - tuntutan mengambil perhatian dan
2- Zikra (ذكرى) - tuntutan mengambil peringatan.

Ambil Perhatian (تبصرة): gerhana matahari 1416 H / 1995 M menyaksikan selepas Gerhana Negeri Johor, kita diuji dengan kemarau yang mengheret kepada wabak penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan.






Kebesaran Allah: Telur boleh berdiri tegak ketika gerhana puncak
Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini pula memberi limpahan hujan yang seragam utk kesuburan negeri johor.

Ambil Peringatan (ذكرى): Janganlah hendaknya sejarah berulang kembali iaitu kemarau dan wabak penyakit…

ALLAH peliharakan sultan dan rakyat jelata Negeri Johor…

Sekian , laporan ringkas dari saya ,
Hj Hanafiah bin Abdul Razak
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam,
Bahagian Falak ,
Jabatan Mufti Johor .


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami →


No comments