Terkini

Lelaki Cedera Parah Jatuh Dari Tingkat 2 Flat

Seorang lelaki cedera parah selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat dua sebuah flat di Taman Flora, Alor Janggus di sini kira-kira 11 pagi Rabu.


Lelaki Cedera Parah Jatuh Dari Tingkat 2 Flat

Mangsa Ang Chun Ewe, 46, ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring di kawasan letak kereta flat berkenaan dan mengalami kecederaan parah di kepala, muka, tangan dan lutut.


Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam tengah hari tadi, dan setibanya di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan kritikal.

“Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

Polis sedang menjalankan siasatan sama ada mangsa tergelincir dari tingkat dua atau terdapat cubaan membunuh diri,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu saksi kejadian Abdul Rahim Hassan, 40, berkata ketika kejadian dia berada di rumah sebelum terdengar bunyi kuat dari luar, dan sejurus keluar mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan mengalami kecederaan parah.

“Saya lihat mangsa terbaring di atas jalan…mata dan muka mangsa berdarah dan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan,” katanya.

Sumber : Mstar


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments