Lelaki Jatuh Dari Tingkat 3, Ditemui Mati Dengan Pakaian Wanita

Subang Jaya, 9 Mac: Mayat seorang lelaki berpakaian wanita ditemui di kaki lima sebuah pangsapuran mewah di SS 19/1, disini kira-kira jam 9.30 pagi tadi.


Lelaki Jatuh Dari Tingkat 3, Ditemui Mati Dengan Pakaian Wanita
Lelaki Jatuh Dari Tingkat 3, Ditemui Mati Dengan Pakaian Wanita (Foto: myMetro)
Menuut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Senior Asisten Komisioner Yahaya Ramli, pihaknya menerima laporan dari orang awam yang memaklumkan ternampak seorang yang disangka perempuan terjatuh dari bangunan pangsapuri tersebut.


Lelaki tersebut dikatakan jatuh dari tingkat tiga di pangsapuri mewah itu.

“Pemeriksaan mendapati mangsa adalah lelaki berusia 21 tahun berambut panjang dan lengkap berpakaian seperti wanita ditemui mati di tingkat bawah banggunan.

“Hasil pemeriksaan Unit Forensik mendapati terdapat kesan calar di badan dan darah di bahagian telinga dipercayai berlaku unsur jenayah.

“Polis turut menahan lelaki warga Kenya berusia 40 tahun di tingkat tiga banggunan berkenaan bagi membantu siasatan dan mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” katanya



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami →



No comments