Terkini

Alasan Yang Tak Masuk Akal Lelaki Ini Jual Anak

Anhui: Seorang ahli perniagaan yang muflis baru-baru ini cuba menjual anaknya di sebuah jalan raya yang sibuk di China.


Lelaki Sanggup Jual Anak Kerana Muflis

Ahli perniagaan berkenaan yang dikenali sebagai Tang dari bandar Zongyang di wilayah Anhui, dirakam bersama-sama anaknya dengan poster yang berbunyi: “Siapa inginkan anak ini?’


Sejak mengalami kerugian besar, Tang berkata, dia berdepan masalah kewangan yang teruk hingga mendorongnya untuk menjual anaknya.

Dia mendakwa tindakannya itu adalah ‘seni,’ lapor portal berita People’s Daily.

Bagaimanapun, dia dikecam hebat oleh pengguna Internet selepas gambar dia dan anaknya yang dipercayai berusia empat tahun tersebar di laman sosial Weibo. - myMetro



No comments