Terkini

Luahan Wanita Non Muslim Ini Malu Kongsi Gambar Di Laman Sosial Sehinggakan Dia... MENGEJUTKAN!

Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat kita suka memuat naik gambar selfie mereka di laman sosial tidak kira di Facebook, Instagram atau lain-lain media semata-mata untuk meraih perhatian orang ramai atau untuk mendapat like banyak?



Itu semua bergantung kepada niat masing-masing. Tapi tahukah anda media sosial digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia. Jadi berkemungkinan gambar yang dimuat naik itu akan ditatapi oleh mereka-mereka ini walaupun bukan dari rakan kita.


Namun, satu perkongsian dari seorang wanita non muslim ini mungkin boleh menyedarkan orang ramai khusunya kaum hawa betapa penting maruah itu. Walaupun dia bukan beragama Islam, tetapi cara pemikiran wanita ini patut kita hormati.

Berikut luahan hati wanita non muslim berkenaan isu upload gambar selfie ke laman sosial.

Saya non muslim .Saya malu..

Kita perempuan.Kadang-kadang kita lalai. Kita selalu inginkan perhatian. Inginkan pujian. Hati rasa gembira bila raih banyak likes.

Saya mengaku memang inilah tujuan saya upload gambar selfie dahulu kala. Sehingga seorang insan telah datang dalam hidup saya dan mengatakan bahawa cantiknya hawa bila ia tersembunyi ,bila ia privasi, bila ia bukan bertujuan untuk meraih hati.


Saya mula berubah.Tiada lagi gambar selfie untuk ditatap pengguna media. Saya gembira begini. Rasa malu untuk ditatapi. Saya gembira. Cantiknya hawa bila ia menutup tubuh sendiri. Saya mula menjauhi skirt ,seluar pendek ketika keluar dengan teman. Saya masih jahil. Saya tidak sempurna.Tapi saya berusaha ke arah itu.

Wahai hawa yang menyanjungi Allah, kurang kan la gambar selfie di media.Tubuhmu, wajahmu hanya layak ditatapi oleh yang halal bagi mu. Jangan termakan pujian duniawi. Saya malu, kenapa tidak anda? Saya non muslim dan saya malu. - miss 2016

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments