Terkini


Lydiawati Muat Naik 2 Video Belasah Pengkid Kerana Hilang Sabar

Jika sebelum ini, pelakon popular era 1990-an, Lydiawati pernah menjelaskan situasinya yang sering diganggu oleh seorang wanita kepada Harian Metro.


Lydiawati Muat Naik Video Belasah Pengkid Kerana Hilang Sabar

Namun, hari ini, Lydiawati hilang sabar dan memuatnaik dua bahagian video wanita yang didakwa sebagai pengkid itu dibelasah.

“Saya sudah tidak tahan diganggu beratus-ratus panggilan telefon dan SMS berunsur gangguan seks saban hari. Saya mulanya tidak syak apa-apa. Dia mendakwa peminat saya dan sanggup berbuat apa sahaja termasuk membelikan rumah serta membiayai kehidupan saya”

“Dia mengaku mempunyai harta dan aset ratusan juta ringgit di luar negara serta berkawan dengan selebriti terkenal di luar negara,” memetik kata-kata Lydiawati sebelum ini kepada Harian Metro.


Menurut Lydiawati di Facebooknya, dia mempunyai alasan sendiri mengapa memuatnaik video berkenaan selain menjelaskan bahawa kes tersebut sebenarnya sudah menjadi kes polis.

Sementara wanita yang didakwa berasal dari Brunei tersebut kini melarikan diri.

Video Bahagian 1


Part 1
Posted by Lyd Saimon on Thursday, March 24, 2016

Video Bahagian 2


Part 2

Posted by Lyd Saimon on Thursday, March 24, 2016


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments