Terkini

"Mana Tahu Satu Hari Nanti Saya Akan Bertudung" – Ifa Raziah

Ifa Raziah bukan sahaja bergelar penyanyi tetapi mempunyai bakat dalam lakonan juga. Sering membawakan watak jahat didalam drama kali ini Ifa menerima watak sebagai seorang wanita bertudung dalam sebuah telefilem.


Ifa Raziah

Menerusi portal BH ONLINE, Ifa berkongsi rasa teruja beliau kerana akhirnya dapat melakonkan watak baik dan tidak membuat penonton merasa meluat dengan lakonan jahatnya.


Jika diikutkan, dalam penghujung drama Seindah Takdir Cinta, saya mengenakan tudung. Tapi nampaknya, telefilem ini yang lebih dulu melihat saya menjayakan watak bertudung.

Saya teruja dengan watak bertudung ini. Memang jarang saya dapat watak baik selama ini. Sampai orangpun meluat dengan lakonan ‘jahat’ saya.

Ifa Raziah

Ditanya adakah beliau sudah bersedia untuk berhijrah, ini jawapan Ifa :-

Saya tak mampu hendak menjawab tepat jika persoalan itu diajukan. Insya-Allah, doakan yang terbaik. Mana tahu, satu hari nanti, saya akan ke arah itu (bertudung).

Ifa Raziah

Sebenarnya ramai yang mendoakan Ifa agar terbuka hatinya untuk bertudung apabila beliau memuat naik fotonya mengenakan hijab di Instagram. Mana tahu berkat doa ramai, Ifa akan berubah? InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments