Terkini

Menteri Luar Australia Kritik Hak Kebebasan Media Di Malaysia

Canberra: Menteri Luar Australia, Julie Bishop mengkritik hak kebebasan media di Malaysia selepas dua wartawan ABC Four Corners ditahan polis kerana didakwa merempuh kawalan keselamatan untuk menemubual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuching, malam kelmarin.


Menteri Luar Australia Kritik Hak Kebebasan Media Di Malaysia

Menurut agensi berita Australia, DW, pihak berkuasa Australia telah menghubungi Kerajaan Malaysia bagi membincangkan isu ini.

“Kami amat bimbang mengenai perkara ini. Kami menyediakan sokongan konsular untuk wartawan ABC dan kami sedang membangkitkan isu ini pada tahap yang sesuai dengan Kerajaan Malaysia.


“Saya sentiasa mengambil berat di tempat-tempat di mana terdapat tindakan keras ke atas hak kebebasan bersuara dalam demokrasi dan saya juga mengambil berat mengenai kebebasan bahawa wartawan perlu menjalankan kerja mereka di mana-mana saja di seluruh dunia.

“Jadi ini adalah perkara yang akan kami bangkitkan dengan kerajaan dari semasa ke semasa dan kami juga akan berhubung dengan Malaysia mengenai isu ini,” kata Julie.

Wartawan ABC, Linton Besser dan jurukamera, Louie Eroglu, ditahan di Kuching pada malam Sabtu selepas menghampiri Najib, lapor ABC.

Kedua-dua mereka dibebaskan tanpa caj pada hari Ahad tetapi telah diberitahu untuk tidak meninggalkan negara ini dan pasport mereka dirampas tetapi kemudian kembalikan semula.


Penerbit eksekutif program ABC, Sally Neighbour berkata, di Twitter, penangkapan itu ada kaitan dengan cubaan wartawannya untuk membuat laporan berhubung dakwaan rasuah yang membabitkan Najib.

Sally dalam tweetnya berkata, apa yang dilakukan oleh wartawan itu adalah aktiviti yang biasa dilakukan di negara-negara lain yang mengamalkan media yang bebas.

“Tidak ada pelanggaran. Dalam demokrasi, wartawan bertanya soalan terhadap PM adalah satu rutin,” tulisnya, lapor ismaweb.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments