Harga Minyak RON95 dan RON97 Mulai Tengah Malam 1 April 2016

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik sebanyak 10 sen, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam ini.


Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP), Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata harga baharu bagi RON95 ialah RM1.70 seliter manakala RON97 ialah RM2.05 seliter.

“Diesel pula naik sebanyak 20 sen kepada RM1.55 seliter,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Harga runcit petrol pada Mac ialah RM1.60 bagi RON95, RM1.95 untuk RON97, manakala diesel pula pada RM1.35.



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments