“Mungkin Saya Jahil Pada Suatu Ketika Dulu..” – Wan Nor Azlin

DRAMATIS Wan Nor Azlin tidak lekang daripada kontroversi yang melanda dirinya sehingga pernah digelar oleh bapanya sebagai anak derhana dan diheret ke mahkamah.


“Mungkin Saya Jahil Pada Suatu Ketika Dulu..”  – Wan Nor Azlin

Ia ketika iu lebih berkaitan pada kes pembahagian harta serta skandal video seks bersama dengan bekas suami dan beberapa lagi.

Kini, pelakon berusia 48 tahun ini atau nama sebenar beliau ialah Wan Nor Azlin Wan Mohd. Husain, ingin kembali bertudung dan istiqamah dalam menutup aurat.


Menurut sebuah portal hiburan dan gosip tanah air, Azlin yang sebelum ini pernah berhijab kini mengambil keputusan untuk berhijab semula mengakui memandang remeh, lalai dan tidak tetap pendirian berkaitan menutup aurat.

Dia kini menyesal dan enggan mengulas lanjut berkaitan isu beliau kembali berhijab dan hanya menyatakan bahawa ia adalah tuntutan agama dan menjadi tanggung jawab sebagai seorang muslimah untuk menutup aurat.

Dek kerana kesilapan lalu, Azlin, turut akui pernah terpesong dari landasan yang benar dan sedaya upaya untuk berubah malah sering meluangkan masa untuk menghadiri kelas agama.

Wan Nor Azlin

“Mungkin saya jahil pada suatu ketika dulu dan sekarang semakin banyak ilmu yang saya timba ketika menghadiri kelas agama di kawasan perumahan saya,” jelasnya kepada portal tersebut.

Dalam pada itu, Azlin turut meluah rasa syukur kerana industri tanah air sekarang lebih sensitif dan terbuka apabila melibatkan pelakon berhijab.

Ia sekali gus memudahkan beliau untuk terus menyumbang dalam industri lakonan yang diminatinya.

Pelakon yang pernah membintangi filem Azam pada tahun 1997 ini, tidak mahu mengambil kisah akan tohmahan dan pandangan negatif orang sekeliling beliau.

Sebaliknya Azlin hanya mahu memfokuskan kepada mencari rezeki untuk anak-anak dan hubungannya dengan Allah sahaja. -MNH


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments