Najib Dedah Rosmah ‘Berbisik’ Kepadanya Sebelum Tidur

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menceritakan isterinya ‘berbisik’ kepadanya sebelum tidur supaya dibina pusat pendidikan khas untuk kanak-kanak autisme.


Najib Dedah Rosmah ‘Berbisik’ Kepadanya Sebelum Tidur

“Perlu juga ucap terima kasih kepada Datin Seri Rosmah yang sejak 2012 lagi dah bisik kepada saya, kadang-kadang sebelum tidur, bahawa negara kita masih tiada pusat autisme.

“Diharap pusat ini dapat memberikan pendidikan awal…Lagi awal mulakan (pendidikan), lagi besar peluang mereka untuk jadi insan yang boleh menjalani kehidupan seperti orang lain,” katanya lagi.


Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Permata Pintar di Sentul, petang ini.

Perdana Menteri berkata, isterinya yang juga penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansor yang mula ‘membisikkan’ idea pusat itu kepadanya sejak empat tahun lalu.

Dalam ucapan perasmian itu, Najib berkata, beliau yakin pusat tersebut adalah pelaburan yang bernilai buat negara.

“Kita yakin ini adalah pelaburan, bukannya perbelanjaan. Kita melabur untuk rakyat dan masa depan negara.

“Ini adalah satu-satunya pusat (khas autisme) di Malaysia dan saya berharap ia akan dapat dikembangkan ke tempat lain pula,” katanya lagi.

Pusat Permata Kurnia yang terletak di Jalan Sentul ini memakan belanja RM26 juta dan memiliki keluasan 1.04 hektar dan mampu menempatkan kira-kira 300 kanak-kanak autisme dari usia empat hingga tujuh tahun.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Othman Mahmood yang memainkan peranan penting dalam mengumpul dana bagi pusat ini. - FMT

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments