Nurulhidayah Akui Guna Pengaruh Ayah Untuk ‘Berkongsi’ Apa Yang Dimiliki

Puteri sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengakui beliau menggunakan pengaruh ayahnya sebagai pemimpin masyarakat untuk ‘berkongsi’ apa yang dimiliki.


Nurulhidayah Akui Guna Pengaruh Ayah Untuk ‘Berkongsi’ Apa Yang Dimiliki

Menurut Nurulhidayah, dengan cara menggunakan kedudukan ayahnya beliau boleh menyumbang kembali kepada masyarakat di atas kurniaan rezeki yang ALLAH berikan kepada mereka sekeluarga.


“Saya tidak boleh tangkis, ia memang betul (tanggapan orang terhadapnya), tetapi prinsip saya, saya sama sekali tidak menggunakan kesempatan itu untuk menjadi kaya.

“Sebab itu saya banyak terlibat dengan NGO untuk bantu orang, jadi apalah salahnya kalau saya jadi pemudah cara, bukan hendak cari projek tetapi hendak bantu orang dengan kedudukan yang saya ada,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online.

Berbicara lanjut, Nurulhidayah berkata, dengan cara membantu orang lain beliau dapat memulangkan semula nikmat yang diterimanya sekeluarga.

“Alhamdulillah ALLAH telah meletakkan kami di tahap yang tidak pernah kami fikirkan, jadi dengan cara membantu oranglah saya luah ucapan terima kasih,” katanya.

Dalam pada itu, ketika berbicara mengenai legasi politik keluarga dan dirinya, Nurulhidayah berkata, beliau bukanlah sesiapa dalam politik.

“Saya hanya ahli biasa dalam Umno, dan untuk masa depan saya tidak boleh meramalkannya.

‎”Biarlah masa yang menentukannya,” katanya. Sumber: Sinar Harian


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments