Terkini


Pelajar UMT Hilang Di Laut, Dipercayai Lemas

Kuala Nerus – Operasi mencari dan menyelamat seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dipercayai lemas ketika mandi di Pantai Tok Jembal di sini, petang semalam, diteruskan pagi ini.


Pelajar UMT Hilang Di Laut, Dipercayai Lemas

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Sharikan Bustaman, berkata usaha mencari ditumpukan di sekitar satu kilometer dari kawasan Isabassri Ishak, 21, dilaporkan hilang kerana benteng di kawasan itu mungkin menghalang mangsa dibawa arus.


“Seramai 16 anggota JBPM dari Balai Kuala Terengganu dan Kuala Nerus serta lima anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dan Pasukan Kecemasan Khas (EMRS) meneruskan operasi mencari mangsa hari ini.

“Kami juga dibantu 17 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan kekuatan tiga bot dan anggota polis serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM),” katanya yang ditemui di lokasi kejadian.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments