Terkini

Pembinaan ‘Kedem – City of David’ Bakal Ancam Masjidil Aqsa

JERUSALEM – Majlis Tertinggi Muslim di sini memberi amaran rancangan rejim Zionis untuk membina sebuah kompleks yang dinamakan ‘Kedem – City of David’ akan menjadi projek Yahudi yang paling berbahaya dan mengancam Masjidil Aqsa.


Kedem – City of David

Setiausaha Agung majlis berkenaan, Sheikh Taysir al-Tamimi berkata, tindakan Israel meluluskan pembinaan projek itu adalah sebahagian daripada usaha untuk membolehkan Yahudi menguasai sepenuhnya Jerusalem.

“Projek itu, yang mula dirancang sejak beberapa tahun lalu, juga bakal menghapuskan lambang kesucian Islam dan bangsa Arab,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yakin kegagalan negara-negara Arab dan Islam memainkan peranan melaksanakan projek di Jerusalem menggalakkan rejim Tel Aviv itu melancarkan projek Kedem.


Majlis Kebangsaan Israel bagi Perancangan dan Pembangunan baru-baru ini meluluskan rancangan pembinaan Kedem oleh peneroka Yahudi di pintu masuk ke Wadi Hilweh di daerah Silwan berdekatan Masjidil Aqsa.

Gambaran pelukis, Kedem City of David
Kedem akan menjadi pusat pelancongan terbesar Yahudi yang bakal digunakan untuk memperluaskan ideologi dan agamanya kepada pelancong. – Agensi


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments