Terkini

Penerbangan Rayani Air Ditangguh, Penumpang 'Mengamuk' di KLIA2 (Video)

ISU pembatalan penerbangan saat-saat akhir oleh syarikat penerbangan Rayani Air yang dilaporkan berlaku pada Februari lalu pernah menjadi perkara sensasi setelah mengakibatkan kira-kira 200 pembeli tiket ‘mengamuk’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL).


Penerbangan Rayani Ditangguh, Penumpang 'Mengamuk' di KLIA2 (Video)

Perkara tersebut seterusnya membuatkan netizen di media sosial mempersoalkan krediabiliti syarikat tersebut memandangkan mereka merupakan ‘pendatang baharu’ dalam industri penerbangan negara, tidak sepatutnya timbul isu tersebut.

Namun pada pagi ini, insiden yang sama juga dikatakan berlaku di lapangan terbang KLIA2 di Sepang apabila Rayani Air sekali lagi membatalkan beberapa penerbangan yang mana mengakibatkan pembeli-pembeli tiket kecewa dengan pihak syarikat penerbangan itu.


Di media sosial, sebuah rakaman video yang tersebar memperlihatkan bagaimana penumpang di KLIA2 naik amuk dan cuba meminta penjelasan daripada staf di kaunter Rayani Air sehingga mengakibatkan pihak polis diminta hadir untuk menenangkan keadaan.

Ada antara mereka telah terkandas dari semalam lagi bagi beberapa penerbangan ke destinasi lain seperti Kota Bharu dan kes ini menjadi makin besar apabila penerbangan hari ini turut dibatalkan dan tiada sebarang kata putus dari syarikat penerbangan berkenaan.

Menurut seorang penumpang, Zulhafiq Halim, yang sepatutnya berlepas ke Kota Kinabalu bersama 11 keluarga dan rakan-rakan terkandas di KLIA2, jelas sekali kecewa dengan perkhabaran yang tidak mengembirakan itu.

“Flight sudah dua hari delay, petang ini saja ada pasangan yang akan bernikah, ada yang perlu menghadiri mesyuarat penting, ada yang mempunyai urusan keluarga.

“Bila ditanya pada pihak pengurusan, mereka tidak mampu memberikan sebarang jawapan. Mereka langsung tidak menampakkan diri. Akibatnya, front desk officer yang terpaksa menanggung kemarahan, caci maki hamun penumpang.

“Kami tidak menerima sebarang makluman dari Rayani Air berkenaan pembatalan penerbangan kami lebih awal sama ada melalui e-mel atau SMS. Alasan yang diberikan oleh kakitangan Rayani Air di kaunter ialah, pesawat rosak dan sedang dibaiki,” katanya kepada sebuah portal berita tempatan.

Menurut Zulhafiq lagi, penumpang telah mengisi borang untuk pemulangan bayaran tiket yang telah dibeli dan katanya pihak Rayani Air memaklumkan bahawa bayaran akan diperolehi minimum 30 hari dari hari ini.

Penerbangan Rayani Ditangguh, Penumpang 'Mengamuk' di KLIA2 (Video)

Sementara itu di media sosial, netizen juga memberikan pandangan mereka mengenai perkhidmatan Rayani Air.

“Itulah risiko guna nama agama dalam marketing. Agama terpalit sama dalam kelemahan manusia,” kata Hamid Sain.

“Kasihan pada penumpang tetapi lebih kasihan pada frontliners yang tiada kuasa untuk berbuat apa-apa. Penumpang maki hamun mereka dapat apa? Isi sajalah borang refund dan beli tiket penerbangan baru. Dah kapal terbang rosak, nak juga naik. Nanti kapal terjun menjunam masuk laut, baru nak berakal.



“Ada sebab kadang-kadang perjalanan kita ke sesuatu tempat itu Allah percepatkan atau tangguhkan. Mungkin mengelakkan dari musibah yang lebih dahsyat.

“Juga ambil kesempatan ini untuk memfailkan saman terhadap Rayani Air secara beramai-ramai agar CEO itu belajar untuk menghormati masa orang lain. Tak cukup kapal, jangan buka bisnes kapal. Buat saja bisnes teksi sudah,” kata Fek Ishak - MNH

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments