Pengawal Keselamatan Bank Tidak Sengaja Lepaskan Tembakan

Ipoh – Seorang pengawal keselamatan sebuah bank di Jalan Sultan Idris Shah di sini secara tidak sengaja melepaskan tembakan daripada senapang jenis pump gun, menyebabkan pintu kaca di premis berkenaan retak dalam kejadian semalam.


Pengawal Keselamatan Bank Tidak Sengaja Lepaskan Tembakan

Kejadian berlaku pada pukul 6.45 petang sewaktu pengawal keselamatan berusia 57 tahun itu sedang mengeluarkan peluru daripada senjata apinya di dalam bank tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pengawal keselamatan itu terlupa terdapat baki satu daripada lima peluru di dalam senjatanya.


Menurutnya, pengawal keselamatan itu menyangka senjatanya telah dikosongkan lalu menarik picu, menyebabkan peluru terkena bahagian pintu kaca premis berkenaan.

“Ketika kejadian, bank tersebut telah menutup operasinya, namun masih terdapat lapan pekerja masih bertugas di dalam premis itu,” katanya di sini semalam.

Menurut Chang Keong, pengawal keselamatan dan lapan pekerja bank berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39 (a) Akta Senjata Api dan pengawal keselamatan tersebut mungkin akan ditahan untuk membantu siasatan. – Utusan


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments