Header Ads

  • Terkini

    Pengganas Bercita-cita Mahu Bentuk Kesultanan Sulu Di Sabah

    KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan bahawa pengganas Sulu telah melantik ‘panglima’ di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah dalam usaha membentuk semula kesultanan Sulu di negeri itu.


    Pengganas Bercita-cita Mahu Bentuk Kesultanan Sulu Di Sabah

    Beliau berkata maklumat itu diperoleh daripada soal siasat terhadap enam tali barut pengganas Sulu yang ditahan pihak keselamatan di Sabah selain bahan-bahan bukti seperti pemacu pena dan dokumen-dokumen.


    “Siasatan yang dilakukan mendapati Kesultanan Sulu melantik panglima bagi setiap kawasan DUN di Sabah dan mereka berhasrat membentuk semula Kesultanan Sulu untuk memerintah Sabah.

    “Jadi, jangan nak pandang enteng apa yang nak dilakukan oleh pengganas Sulu ini,” katanya semasa menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

    Justeru itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata rakyat tidak harus memandang ringan ancaman pengganas terhadap keselamatan negara. – BERNAMA


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad