Permaisuri Johor Bidas Netizen Pertikai Pembawa Cokmar Tidak Pakai Songkok

Seorang pelajar Malaysia, Kishva Ambigapathy, 26, yang menjadi rakyat Malaysia pertama sebagai pembawa cokmar emas dalam satu majlis rasmi sempena sambutan harijadi ke-90 Ratu Elizabeth II pada 15 Mac lalu mencuri perhatian ramai.


Permaisuri Johor Bidas Netizen Pertikai Pembawa Cokmar Diraja Tidak Pakai Songkok

Lebih membanggakan, apabila Kishva yang merupakan pelajar dalam jurusan Sarjana Sains Politik Antarabangsa dari Universiti Durham telah diiberi kepercayaan dan dipilih oleh Ratu Elizabeth II dan Jawatankuasa Belia Komanwel bagi mengalas tanggungjawab membawa cokmar diraja dilihat berpakaian baju Melayu lengkap serta bersampin.


Memetik laporan media antarabangsa, turut hadir dalam upacara yang berlangsung di Westminster Abbey, London itu adalah tiga generasi kerabat diraja Britain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton.

Video Kishva pada acara itu menjadi viral di laman Facebook (FB) dan menerima pujian ramai pengguna laman sosial termasuk Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia kerana berpakaian tradisi Melayu.

BACA: VIDEO: Lelaki Pakai Baju Melayu Ketuai Perbarisan Ratu Elizabeth II

Bagaimanapun, wujud segelintir netizen yang mempertikaikan tindakan Pengerusi Majlis Belia Komanwel (CYC) itu yang tidak mengenakan songkok.

Susulan itu, Raja Zarith tampil membidas tindakan segelintir pengguna media sosial itu yang mempertikaikan pemakaian Kishva.

“Saya hairan kenapa ada sahaja antara kita yang memberi komen yang negatif. Dia (Kishva) dah pakai baju Melayu tapi itu pun tak cukup, tak betul, nak pertikaikan kenapa dia tak pakai songkok.

“Kita patut bangga dia memilih memakai baju Melayu. Dia tak pakai suit. Tapi masih ada yang tak puas hati. Buat salah, tak buat salah. Cuba sangka baik, mungkin ada sebab dia tak pakai songkok,” tulis baginda di entri Facebooknya.


Raja Zarith sebelum itu turut melahirkan rasa bangganya apabila melihat Kishva berjalan megah mengiringi Raja Elizabeth II.

“Syabas! Congratulations! And please note that he is wearing our national Baju Melayu and Sampin!,” kata baginda.

Sementara itu, Kishva menyedari bahawa ramai rakyat Malaysia mempertikaikan tindakannya tidak memakai songkok apabila berbaju Melayu.

Memetik laporan Harian Metro, Kishva memaklumkan dia sudah berusaha mencari songkok untuk dipakai bersama baju Melayu pada majlis bersejarah itu, namun sukar untuk mendapatkannya memandangkan dia berada di kota London.

"Ke mana sahaja saya pergi di peringkat antarabangsa, saya akan pastikan saya datang dengan pakej budaya dan identiti kita rakyat Malaysia.

"Saya memilih baju Melayu kerana ia memang terkenal sebagai identiti Malaysia, walaupun saya berkuturunan India," katanya dipetik sebagai berkata.


Terdahulu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London menerusi laman Facebooknya itu berkongsi gambar menunjukkan Kishva mengenakan baju Melayu berwarna krim sambil memegang cokmar diraja.

Kishva dipilih membawa cokmar kerana beliau merupakan Pengerusi Yayasan Belia Komanwel, pertubuhan yang mewakili suara anak muda dari 53 buah negara Komanwel seluruh dunia. - mD

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments