Top Ad unit 728 × 90

recent

Persatuan pelajar kemuka petisyen keluarkan potret Najib di Universiti Nottingham, UK

Satu petisyen sudah dikemukakan kepada Universiti Nottingham, United Kingdom, untuk mengeluarkan potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari dinding alma mater universiti mereka.


Persatuan pelajar kemuka petisyen keluarkan potret Najib di Universiti Nottingham, UK

Petisyen, yang dikemukakan Cassandra Hooi dalam web www.change.org, Persatuan Pelajar Malaysia di universiti itu bertujuan melobi institusi tersebut untuk mengeluarkan potret setinggi 2 meter tersebut dari dinding di kampus Kings Meadow.

Hooi berkata petisyen itu merupakan "satu luahan bersama berhubung tindakan percanggahan pendapat susulan keengganan perdana menteri menjawab perkara yang mencurigakan iaitu pemindahan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya peribadinya."


"Tindakan yang mudah mampu menghantar mesej yang kuat kepada PM kita yang sudah tiba masanya untuk beliau menjawab dengan benar dan jelas mengenai dakwaan tersebut.

"Universiti Nottingham berkongsi hubungan baik dengan PM, beliau adalah alumni di sini, oleh itu sejurus selepas potret itu dikeluarkan secara umum, ia akan menjadi simbol yang kuat dan signifikan berhubung perbezaan pendapat bersama, mengenai jawapan PM yang tidak memuaskan kita," katanya dalam petisyen itu.

Najib menuntut di Universiti Nottingham sebelum kembali ke Malaysia pada usia 23 bagi bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen selepas kematian bapanya, Tun Abdul Razak Hussein. Beliau kekal sebagai ahli Parlimen Pekan sejak itu, dan menjadi perdana menteri pada tahun 2009.

Laman web universiti itu menyenaraikan Najib sebagai salah seorang "alumni terkenal" mereka.

Petisyen Hooi itu disertakan gambaran keseluruhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal kewangan yang menjadi berita utama antarabangsa dan mendapat respons "kurang diingini" kerajaan berhubung kegagalan itu.

Petisyen itu juga menekankan penggantian peguam negara di tengah-tengah spekulasi terdapat kertas pertuduhan dirangka terhadap Najib, rombakan Kabinet apabila beberapa ahli Kabinet mula mengkritik beliau dan jawapan tidak memuaskan oleh kerajaan sebagai tindak balas kepada status wang dan sumbernya.

"Sehingga kini, PM masih tidak bertanggungjawab terhadap transaksi kewangan itu. Peguam negara yang baru dilantik memutuskan untuk tidak mengenakan dakwaan kepada sesiapa, dengan menyatakan wang yang diterima adalah sumbangan politik semata-mata.

"Etika tuntutan seperti itu sudah pasti dipersoalkan tetapi malangnya, dengan keengganan peguam negara untuk mendakwa PM, kita ditinggalkan dengan satu keadaan yang membolehkan PM kita tidak perlu untuk menjawab soalan pengubahan wang haram yang disyaki itu.

"Sebagai rakyat biasa, ramai di antara kita mungkin berasa tidak berdaya untuk mengharapkan Najib bertanggungjawab terhadap wang dalam akaun bank peribadinya itu," petisyen itu dibaca.

"Secara kolektifnya, kita mempunyai lebih banyak kuasa untuk bersuara menentang perkara ini . Sebahagian daripada anda mungkin sedia maklum, di Universiti Nottingham, United Kingdom (UK), terdapat potret besar perdana menteri kita pada salah satu dinding daripada kampus (Kings Meadow) yang berada pada ketinggian 2 meter."

Pemohon petisyen itu berkata, usul Persatuan Pelajar Malaysia untuk melobi universiti itu untuk mengeluarkan potret berkenaan akan dikemukakan pada Rabu depan semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan tersebut.

Tarikh akhir untuk mengemukakan usul untuk dibahaskan semasa AGM adalah hari ini.

"Kami sedar usul itu mungkin tidak boleh diluluskan untuk perbahasan, maka petisyen ini memerlukan lebih daripada 100 tandatangan untuk menunjukkan kepada masyarakat isu ini adalah berbaloi untuk dipertimbangkan di AGM.

"Jika usul itu diluluskan, ia akan dibahaskan semasa AGM dan sama ada ia akan diluluskan, akan tertakluk kepada sebarang undi majoriti (iaitu diharapkan, potret itu diturunkan)," kata petisyen itu.

Pada 3.30 petang, petisyen itu sudah mendapat lebih 800 tandatangan.

Ia juga menggesa pelajar Universiti Nottingham untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Pelajar Malaysia untuk mengundi pada AGM, minggu depan. – Sumber: TheMalaysianInsider: 10 Mac, 2016.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Persatuan pelajar kemuka petisyen keluarkan potret Najib di Universiti Nottingham, UK Reviewed by Adam Hakimie on March 10, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.