Terkini

Pihak Polis Perjelas Perkara Sebenar Disebalik Viral 'Kutip Vico'

KUALA SELANGOR, 11 Mac: Pihak polis hari ini memperjelaskan perkara sebenar disebalik dakwaan bahawa orang ramai mencuri produk Vico di dalam satu kejadian treler yang membawa muatan itu terbalik di Kilometer 37.5 Jalan Teluk Intan menghala ke Klang di sini semalam.


Pihak Polis Perjelas Perkara Sebenar Disebalik Viral 'Kutip Vico'

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah, sebenarnya orang ramai membawa balik produk tersebut selepas mendapat kebenaran dari pengurus syarikat treler tersebut memandangkan kebanyakan bungkusannya sudah rosak dan serta tidak boleh dijual.


Menurutnya lagi, kejadian itu berlaku 5.15 pagi apabila pemandu treler itu gagal mengawal kenderaan ketika melalui laluan berkenaan kerana jalan yang gelap.

"Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang perlanggaran berlaku dan cuaca dalam keadaan baik. Namun keadaan jalan agak gelap berikutan tiada lampu jalan dipercayai menjadi punca treler ini terbabas, sebelum terbalik," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Produk Minuman Malt Coklat Vico
Produk Minuman Malt Coklat Vico

Ruslan turut berkata pemandu treler berkenaan mengalami kecederaan ringan di kepala manakal kelindannya bengkak di kaki kanan.

Sebelum ini beberapa keping gambar yang memaparkan orang ramai mengutip vico dari trailer itu menjadi viral di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan netizens yang menyangka mereka mengambil vico itu tanpa kebenaran. - sumber


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

1 comment

Kak Mahh said...

Ambil dengan izin . Good!