Portal The Malaysian Insider Akan Ditutup Tengah Malam Ini

Portal berita The Malaysian Insider (TMI) akan ditutup berkuat kuasa tengah malam hari ini menurut pengasasnya dan CEO, Jahabar Sadiq. – Gambar ihsan The Malaysia Insider


Portal The Malaysian Insider Akan Ditutup Tengah Malam Ini

Editornya, Jahabar Sadiq berkata pemilik syarikat berkenaan, The Edge Media Group membuat keputusan berkenaan atas sebab-sebab komersial.

Selamat tinggal semua pembaca yang jauh dan dekat, dan kepada mereka yang membaca kami di Malaysia meskipun mendapat sekatan daripada kerajaan.

The Edge Media Group membuat keputusan menutup The Malaysian Insider bermula tengah malam hari ini, atas alasan komersial. Mungkin ini masa yang sesuai kami bersiaran secara offline bermula bulan ini.


Saya berharap kami sudah memberikan khidmat terbaik kepada anda sejak hari pertama penerbitan langsung kami pada 25 Februari, 2008. Dan saya berharap yang lain akan terus memberikan perkhidmatan kepada anda ketika ketiadaan kami.

Kami bekerja sebagai wartawan yang tidak berat sebelah untuk memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dan pembaca lain supaya mereka beroleh keputusan yang baik. Kami bekerja untuk membolehkan suara semua pihak didengar.

Tetapi kerja kami di The Malaysian Insider kini berakhir dalam Malaysia yang pada masa ini memerlukan lebih banyak lagi kejelasan, ketelusan dan maklumat.

Semuanya sudah diluahkan dan dibuat, saya mengucapkan terima kasih kepada setiap daripada anda di Malaysia, seluruh dunia, dan kepada mereka yang bersama dengan The Malaysian Insider dari hari pertama hingga kini atas segala sokongan, ucapan dan kritikan sepanjang 8 tahun dan 18 hari yang hebat untuk The Malaysian Insider.

Saya tidak akan berhenti menulis, saya tidak akan berhenti merakamkan gambar, saya tidak akan diam dan saya tidak akan pejam mata atau memekakkan telinga terhadap apa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Dan saya minta anda buat perkara yang sama.

Dan saya akan selalu jadi peminat tegar portal berita yang bernama The Malaysian Insider.

Selamat tinggal. * Jahabar Sadiq menguruskan The Malaysian Insider, hingga malam ini.

Komen: Dua minggu sebelum TMI disekat salah sebuah laman news aggregation – penyebar berita kami juga telah disekat bersama puluhan yang lain kerana melaporkan beberapa skandal yang banyak dapat mengelak dari penghakiman yang adil untuk mereka dan rakyat nampaknya.


Terasa situasi begini seakan senario lucu di Zimbabwe di mana seorang pencuri yang licik berjaya mematikan ‘Burglar Alarm‘ sebelum dan selepas membuat kerja. [YKWIM]

Meski apa pun rintangan kepada Jahabar yang merupakan bekas wartawan Reuters dan pengasas The Malaysian Insider bersama seluruh krew wartawan termasuk The Edge diucapkan berbanyak-banyak terimakasih.

Semoga selepas ini muncul semula bersama laporan adil dengan entiti atau nama lain yang jauh lebih hebat bersama nadi gema suara rakyat yang mahukan ketelusan dan keadilan.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments