Terkini


Ratu Dadah Malaysia Akhirnya 'Kantoi' Diberkas Polis Langkawi

KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah wanita yang mendapat jolokan Ratu Dadah Malaysia diberkas polis selepas dikesan menjadi dalang aktiviti penyeludupan dadah heroin dan pil Eramin 5 ke negara ini.


Ratu Dadah Malaysia Akhirnya 'Kantoi' Diberkas Polis Langkawi

Suspek wanita berusia 50-an itu ditahan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman di pulau peranginan Langkawi, Kedah kelmarin, selepas intipan dilakukan polis sejak beberapa minggu lalu.


Sumber berkata, wanita tersebut diberkas kebetulan bersama-sama empat kilogram dadah heroin dan Eramin 5 dianggarkan bernilai lebih RM100,000.

Menurutnya, suspek dikenal pasti sebagai pembekal utama dadah ke seluruh Pulau Langkawi.

“Wanita itu dipercayai mendapatkan bekalan dadah berkenaan dari tanah besar dan mengedarkannya kepada penjual kecil-kecilan di sekitar pulau itu sejak setahun lalu,” katanya.

Sumber: myMetro


No comments