Rayuan Untuk Permohonan BR1M 2016 Dibuka Mulai Esok

Putrajaya – Rayuan bagi pemohon yang gagal mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dibuka mulai esok (15 Mac) hingga 15 April ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


Rayuan Untuk Permohonan BR1M 2016 Dibuka Mulai Esok

Beliau berkata rayuan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat.

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini, katanya dalam satu kenyataan.


Ahmad Husni berkata secara keseluruhan, hampir 7.1 juta permohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2016.

Ia merangkumi bantuan isi rumah RM1,050 kepada hampir 162,000 penerima, bantuan isi rumah RM1,000 kepada 3.4 juta penerima, bantuan isi rumah RM800 kepada 380,000 penerima dan bantuan individu RM400 kepada 3.2 juta penerima.

Ahmad Husni berkata penerima sedia ada yang ingin mengemaskini maklumat terkini seperti nombor akaun bank, maklumat waris dan alamat surat menyurat juga boleh berbuat demikian dengan mengunjungi mana-mana cawangan LHDN, PKH dan UTC yang terdekat dalam tempoh rayuan. – Bernama


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments