Terkini

Remaja Maut Jatuh Dari Rumah Flat

GEORGETOWN: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemui mati dipercayai terjatuh daripada sebuah flat di Jalan Sungai di sini petang semalam.


Remaja Maut Jatuh Dari Rumah Flat

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa,M Vishalini ditemui oleh penduduk flat berkenaan dalam keadaan mengelupur dipercayai baharu terjatuh daripada tingkat atas banggunan berkenaan.


Difahamkan, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut,Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata,siasatan awal mendapati ibu mangsa mengarahkannya untuk membeli barang di kedai di bawah flat berkenaan.

Namun tidak lama kemudian ibunya mendengar bunyi bising dari bahagian bawah flat berkenaan dan dimaklumkan ada orang terjatuh dari flat berkenaan.

"Pada mulanya ibu mangsa tidak mengetahui individu yang dikatakan terjatuh itu adalah anakanya dan selepas dia turun ke lokasi kejadian baharu dia tahu itu adalah anaknya"katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mior Farid berkata, hasil siasatan juga mendapati tiada sesiapa yang melihat kejadian itu dan salurkan maklumat kepada pihak polis setakat ini.

Bagaimanapun, menurutnya mangsa mungkin terjatuh dari tempat yang tidak terlalu tinggi berikutan dia masih lagi hidup semasa ambulan tiba dilokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Sinar Harian


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments