"Hidung Saya Patah, Saya Akan Saman Awie" - Rozana

Ingatkan kes antara Rozana Misbun dan Awie telah selesai selepas Awie membuat permohonan maaf dan membayar RM10,000 sebagai kompaun kepada bekas isterinya itu. Rupa-rupanya ia belum berakhir lagi.


Rozana Akan Saman Malu Awie & Minta Ganti Rugi Kecederaan Kekal Pada Hidung

Rozana Misbun sedang dalam proses untuk menghantar saman malu dan menuntut ganti rugi kecederaan kekal pada hidungnya terhadap Awie tidak lama lagi.


Secara jujur, tindakan Rozana Misbun ini boleh diterima akal kerana bukan calang-calang kecederaan yang menimpa dirinya. Iyerlah sampai patah hidung. Kata Rozana:-

Saya tahu ramai yang kecewa dengan keputusan saya menerima permohonan maaf Awie malah ada yang kurang senang dengan kompaun RM10,000 itu. Sebenarnya jumlah itu adalah denda maksimum yang diperuntukkan bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun saya mahu tekankan di sini bahawa saya dalam proses perbincangan dengan peguam untuk meneruskan kes sivil yang berkaitan dalam usaha untuk menuntut ganti rugi begi kecederaan kekal yang saya alami ketika ini di mana hidung saya patah akibat dipukul.


Semoga perbicaraan saman malu dan tuntutan kecederaan ini tidak berlanjutan terlalu lama sekaligus mengganggu fokus Rozana Misbun membesarkan anak-anaknya.

Kalau boleh selesai luar mahkamah lagilah bagus. Lagi cepat selesai, lagi senang semuanya. Sama-sama kita doakan. Sumber Mstar Online.



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami →



No comments