Saya rela ‘berdosa sedikit’ daripada lukakan hati rakyat yang ingin bersalam dan cium tangan saya – Tunku Idris

Anakanda Sultan Johor, Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim berkata, beliau lebih rela ‘berdosa sedikit’ daripada melukakan hati rakyat kerana tidak mahu bersalam.


Saya rela ‘berdosa sedikit’ daripada lukakan hati rakyat yang ingin bersalam dan cium tangan saya – Tunku Idris

Tunku Temenggong Johor itu berkata, beliau sanggup untuk berdoa memohon keampunan daripada Maha Pencipta selepas membiarkan rakyat bersalam dan mencium tangannya.

“Dia (Tuhan) maha pengasih daripada (saya) menyakiti hati rakyat dengan tidak membenarkan mereka memegang tangan saya langsung,” tulisnya menerusi status di akaun Instagramnya.


Kenyataan Tuanku Idris itu dipercayai ada kaitan dengan komen-komen negatif netizen kepada abangnya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang bersalam dengan isteri salah seorang pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT),

BACA: Ini Jawapan Balas TMJ: Isu Bersalam Dengan Isteri Safiq Rahim

Netizen mempertikaikan cara isteri Shafiq Rahim, yang juga pemain boling kebangsaan, Zandra Aziela bersalam dan mencium tangan TMJ ketika hadir merasmikan kafe milik pasangan itu di Johor Bahru.

Walaupun tidak merujuk secara khusus, Tunku Idris menyatakan isu bersalam tangan dengan berlainan jantina menjadi isu sejak kebelakangan ini dan yang terbaru isu mencium tangan orang yang lebih muda.

“Ia digelar beradab dan beradat. Jika ada mentaliti seperti ini (pertikai berjabat tangan berlainan jantina) akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang ditindas jika mereka tidak berubah,” katanya.

Sumber : FMT


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments