Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online Dan SMS

Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 dijangka boleh mendapatkan keputusan SPM 2015 masing-masing pada minggu pertama bulan Mac 2016. Pada 3 Mac 2016 Keputusan SPM 2015 akan diumukan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.


Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online Dan SMS

Tarikh rasmi telah diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga diLembaga Peperiksaan Malaysia. Tarikh keputusan SPM 2015 adalah pada hari Khamis, 3 Mac 2016.


Berikut disertakan cara-cara membuat semakan keputusan SPM 2015 melalui online dan SMS selepas pengumuman tarikh rasmi oleh KPM.

  • Calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM 2015 mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada 3 Mac 2016 (Khamis).
  • Semakan keputusan SPM boleh di buat secara online di SPPAT atau Lembaga Peperiksaan Malaysia
  • Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu
  • Semakan melalui SMS. KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888 dari 3 Mac jam 1000 pagi hingga 1159 malam pada 9 Mac 2016.

Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online Dan SMS

Taip SPM Nombor kad pengenalan (K.P) Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.

Semoga adik-adik yang mengambil keputusan pada 3 Mac 2016 ini mendapat keputusan yang cemerlang dapat melanjutkan pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi.




No comments