Header Ads

  • Terkini

    Serang Pekerja Asing, Papagomo Akan Didakwa Di Mahkamah

    Penulis blog kontroversi Papagomo akan didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur pada Jumaat atas dakwaan menyerang seorang pekerja asing.


    Serang Pekerja Asing, Papagomo Akan Didakwa Di Mahkamah

    Dia dijangka didakwa pada pukul 9 pagi.

    Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja warga Pakistan menerusi video berdurasi empat minit yang dimuat di Facebook dan menjadi viral di media sosial.

    BACA: Video abang tampar, sepak pekerja Pakistan kerana buat gangguan kepada 2 adik perempuan


    Papagomo berkata, dia menyerang pekerja berkenaan kerana lelaki itu didakwa melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya serta dua lagi rakan mereka.

    Dia kemudiannya memuat naik video tersebut yang didakwa berlaku pada 29 Januari lalu menerusi halaman Facebooknya Sir Azri.

    BACA: Kes belasah warga Pakistan, Polis ambil tindakan terhadap Papagomo

    Tambah Papagomo, dia memuat naik video di Facebook bagi memberi penjelasan tentang insiden yang berlaku. - Mstar


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad