Sewa Lori Angkut Duit Syiling Ke Bank Untuk Disimpan, Tapi Malangnya!!..

SEORANG wanita di China yang terpaksa sewa lori untuk bawa duit syiling kepunyaannya berjumlah 54,000 yuan (RM313,816) ke bank kecewa apabila niatnya untuk memasukkan duit tersebut telah ditolak oleh bank berkenaan.


Sewa Lori Angkut Duit Syiling Ke Bank Untuk Disimpan, Tapi Malangnya!!..

Dia yang telah pergi ke beberapa bank berdekatan terpaksa melupakan hajatnya itu kerana pihak bank berkata bahawa mereka kekurangan staf untuk mengira jumlah wang yang ingin dideposit oleh wanita terbabit.

Walau bagaimanapun, masalahnya selesai baru-baru ini apabila Bank Komersil dan Tani di Dongyang sanggup menerima duit syilingnya itu untuk dimasukkan ke dalam sebuah akaun.


Suami wanita tersebut memiliki sebuah firma dan dipercayai duit syiling itu diperoleh menerusi pelanggannya yang membayar hutang dalam bentuk duit syiling kepada suaminya.

Sewa Lori Angkut Duit Syiling Ke Bank Untuk Disimpan, Tapi Malangnya!!..

Bank tersebut bersetuju menerima duit syiling tersebut kerana kebetulan mereka mempunyai pengguna akaun yang mempunyai restoran dan kerap kali memerlukan duit syiling untuk menjalankan perniagaan mereka.

Pada kebiasaannya, bank hanya dapat menerima duit syiling berjumlah 15,000 yuan (RM9,414) setiap hari mengikut prosedur operasi standard harian pihak bank sendiri.

Sewa Lori Angkut Duit Syiling Ke Bank Untuk Disimpan, Tapi Malangnya!!..

Hal ini bukan pertama kali berlaku di China sebaliknya tahun lepas, ada kes di mana seorang lelaki membeli kereta dan membayarnya dengan duit syiling sebanyak 647,191 yuan (RM406,365) bagi tujuan itu. - Agensi


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments