Terkini


Siapa Sangka Pendakian Gunung Nuang Mereka ‘Diselamatkan’ Oleh 2 Ekor Anjing Yang…

Mesti ada di antara kita yang trauma dengan anjing kan. Di mata kita nampak anjing ni binatang yang boleh mencederakan, paling takut kalau dia tenung semacam dan buat gaya macam nak kejar. Tak cukup tanah dibuatnya oi.


Siapa Sangka Pendakian Gunung Nuang Mereka ‘Diselamatkan’ Oleh 2 Ekor Anjing Yang…

Namun, kisah yang dikongsi lelaki ini kami rasakan sangat unik kerana dua ekor anjing ni menemani mereka ke Gunung Nuang pergi dan balik dengan selamat.


Berlima ke Gunung Nuang ditemani dua ekor anjing


Alhamdulillah selamat pulang setelah 13 jam (23/4 – 7 pagi hingga 8 malam) memanjat Gunung Nuang iaitu gunung tertinggi di Selangor. Hanya kami berlima di dalam hutan ditemani 2 ekor anjing iaitu Johnny & Tonny.

Serius semua mental koyak sebab memang betul orang kata ‘never ending road’. Jalan naik dan turun. Ada masa naik & terus naik 80 degree. Memang mental koyak nak teruskan perjalanan.

Johnny berada di depan dan Tonny di belakang


Ramai yang bertanyakan tentang 2 ekor anjing yang mengikuti kami panjat Gunung Nuang dari awal sampai akhir. Saya menamakan mereka Johnny dan Tonny.

Pada mulanya kami agak takut mereka menggigit kami atau menjilat kaki kami. Sebab nanti kena samak bagai. Tapi anjing tersebut hanya mengekori kami. Walaupun kami pecah 2 group. Johnny akan berada di depan dan Tonny di belakang.

Johnny akan menyalak ke arah binatang liar


Sepanjang perjalanan mereka menjaga kami. Bila ungka atau monyet menjerit2 di dalam hutan. Johnny akan menjerit dan ungka2 terus terdiam. Kadang2 Tonny akan menyalak tetiba ke arah benda yan tak dinampak (makhluk halus). Lebih2 lagi selepas melalui jalan yang tetiba ada haruman yang sangat wangi. Dan bila kami hampir digigit anjing hutan liar. Tonny meyalak dan anjing2 hutan tak berani mendekati kami.

Bagi makanan sebagai tanda terima kasih


Kami memang tak pernah sentuh Johnny dan Tonny. Cuma kami memberi mereka makan sebagai tanda terima kasih kerana menjaga kami. Mungkin mereka penjaga di situ.

Alhamdulillah Allah turunkan kedua anjing ini untuk kami. Kalau tidak tak tahulah apa jadi pada kami.


Malah, ada juga yang memberikan comment menceritakan perkara yang sama. Kebanyakan anjing yang berada di bukit-bukit akan tolong menjaga keselamatan pendaki dengan selamat. Nasib baik ada anjing yang baik macam Johnny, Tony dan lain-lain ni kan kalau tak mungkin dorang dah diancam anjing liar kat dalam hutan tu.

sumber : facebook Firdaus Hisham




Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments