Terkini

Siapa Wanita Misteri yang Bagi Rantai Emas Kepada Gadis Ini?

Bismilahirahmannirahim. Semalam selesai saja aminkan doa untuk solat maghrib, handphone berbunyi. Tertera nama mama tersayang pada skrin telefon.


Siapa Wanita Misteri yang Bagi Rantai Emas Kepada Gadis Ini?

“Assalamualaikum kakak. Ada lawat pakcik?”
“Walaikumussalam mak. Pakcik? Pakcik mana? Nak lawat kenapa?”

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Kak Hassanah. Siapa Wanita Misteri yang Bagi Rantai Emas Kepada Gadis Ini?

“Ya Allah.. Kakak tidak tahu ke pakcik di Shah Alam itu kemalangan? Lori langgar kereta Kancil pakcik kelmarin? Semua keluarga yang ada di Semenanjung lawat pakcik di wad.

Mereka kata teruk, 50/50. Bergantung mesin,”
“Haaaa!!??” menggigil tangan saya hampir terhempas telefon jatuh ke lantai.


Air mata jatuh automatik dengar bicara mama. Telekung basah habis. Innalillah wa inna ilaihi rojiun.
Hanya ini yang saya dapat lafazkan di hujung talian.

“Macam mana boleh tidak tahu? Kakak tidak pernah ke selama ni melawat keluarga di Semenanjung itu pada waktu lapang? Tidak pernah ke kakak telefon khabar pakcik makcik yang duduk sana itu? Mereka bukan mak ayah kakak, tetapi mereka adik-adik mama. Mereka abang kandung mama, kenapa boleh tidak tahu? Kakak buat apa dekat sana?” soal mama.

Allahhh.. jatuh air mata dengan deras seperti air sungai mengalir tanpa putus. Memang bab ‘hak’ kepada keluarga mama seorang yang agak tegas. Mama tak suka anak-anak yang tak tanya khabar nenek, atok, pakcik makcik dan sebagainya.

Ya jujur. Kali terakhir lawat mereka pada bulan November lepas. Sem ini memang tak dinafi jadual kuliah saya sangat pack. Ditambah pula dengan tugas-tugas di kampus, mahupun luar kampus. Tapi saya tahu itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan. Lepas minta maaf dekat mak, saya minta izin letak telefon.

Dalam keadaan air mata saya masih mengalir-ngalir, terus buka telukung lipat, kemas-kemas kain dalam beg, tak iron dah jubah, tak iron dah tudung. Pakai je apa yang ada di depan mata. Sebab dalam fikiran satu je, lagi ada 2 tren sahaja lagi akan berlepas. Nak taknak kena kejar juga. Kemudian call teksi. Dan terus beli tiket nak ke shah Alam.

Bayangkan, 2 jam lebih perjalanan saya asyik istigfar, istigfar dan istigfar. Saya cuba selawat tenangkan hati. Tapi tetap tak boleh, saya menangis sepanjang perjalanan. Telinga saya ni seakan ada speaker kiri kanan suara mak, kata-kata mak. Dan akhirnya saya terlelap sampailah ke stesen KTM Shah Alam.

Malam tu sampai rumah makcik pakcik. Tapi yang ada dalam rumah hanya anak-anak pakcik makcik sahaja. Makcik jaga pakcik dekat wad. Saya tidur di sana. Dan pagi tadi baru berpeluang lawat pakcik.

Bila sampai di wad. Allahurabbi, hancur luluh hati saya. Dah berdebar-debar jantung saya, air mata saya dah penuh sangat jatuh bawah niqab. Sambil melangkah ke arah katil,
Dalam hati saya berbisik,

“Ya Allah.. Apa aku buat ni ya Allah. Kenapa aku tak pernah ambil tahu tentang pakcik makcik, kenapa dengan kesibukan dan apa yang aku ada hari ini, aku jadi begini ya Allah. Ya Allah, jangan Kau biarkan aku menjadi seorang anak seperti ini ya Allah. Walaupun mereka bukan mak ayah, tapi mereka lah yang banyak bantu aku sebelum masuk U ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah. Apa aku buat selama ni ya Allah.”

Bila makcik nampak kelibat saya, makcik terus mendapatkan saya dan peluk tubuh saya kuat, erat, rapat seolah sudah berhari ‘menahan’ sebak dan tangis. Allahurabbi.

Lepas tanya khabar makcik, tanya keadaan pakcik, rupanya pakcik sangat kritikal. Lori langgar lari. Manusia. Setelah buat silap sukar untuk ‘mengaku’ kesalahan diri. Ya aku cakap aku. Tak cakap pun pada driver lori tu.

Kepala pakcik dijahit. Tangan kaki, belakang habis kelihatan kulit kerana tergesel di jalan raya. Darah-darah merah masih kelihatan pada tubuh. Ya Allah.

Saya bisik di telinga pakcik, “Pakcik…. Hassanah datang ni. Pakcik dengar tak?”
Tiada respon. Masih terbujur kaku.

“Pakcik, Hassanah ada bawa buah anggur. Favourite pakcik buah anggur kan?”
Keadaan masih sama. Tangan pakcik sedikit pun tidak bergerak. Orang kata, kalau orang yang koma dia dengar cakap kita, dia akan menitiskan air mata. Tapi bila saya lihat mata pakcik, pucat tiada pun titisan air mata. Allahurabbi.

“Pakcik… Nanti weekend hassanah datang rumah lagi tau. Pakcik suka main badminton dengan hassanah kan?”

Kaku. Hanya bunyi orang-orang di hospital saja kedengaran. Makcik dah titiskan air mata pandang saya.

Allah humma solli ala sayyidina Muhammad. Saya tarik nafas dalam-dalam. Ambil wuduk dan buka quran dalam beg tangan. Dari pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi saya mengaji. Dan saya tidak sedar pun sudah berjam-jam saya telah alunkan bacaan quran. Akhirnya saya terlelap.

Terjaga pada pukul 1 setengah. Tengok makcik pun terlelap. Kesian makcik. Kebetulan waktu zohor masuk, saya solat dekat surau. Ketika berdoa tu, terngiang-ngiang suara mak dalam surau.
“Kenapa boleh tak tahu? Kakak buat apa dekat sana?”

Allah, seolah bertambah bergema suara mak. Mengalir air mata saya ketika berdoa. Selesai solat saya turun ke kafe, belikan makcik nasi. Sebetulnya saya taknak balik Uni lagi, saya nak jaga pakcik, saya nak lihat keadaan pakcik. Tapi bila dipujuk pujuk oleh makcik, akhirnya saya mengalah. Lagipun esok saya perlu berjumpa dengan Dr. di Uni untuk beberapa urusan penting.

Naik teksi. Pi KTM Shah Alam. Beli tiket nak balik Uni. Bila sampai tren, berlari-lari anak saya semata mata hanya mahu masuk pada pintu bahagian seat wanita. Memilih untuk duduk di tepi tingkap adalah menjadi rutin biasa sepanjang naik tren.

Saya tak tahu. Walaupun dalam keadaan bisingnya orang dalam tren ketika itu, saya termenung jauh dan sangat jauh. Sesekali saya pandang tingkap, lihat rumput hijau, lihat bangunan, lihat langit, lihat awan. Tapi saya seolah ‘terperangkap’ dalam dunia sendiri.

Saya tak dapat fokus ada apa di depan belakang kanan dan kiri. Dalam keadaan termenung panjang saya muhasabah. Sambil pejam mata.

Aku dah buat apa selama ni Ya Allah. Betul ke aku buat ni Ya Allah. Adakah kau redha dengan hidup aku Ya Allah.

Suara mak datang lagi memecahkan halwa telinga. Kepala pula ligat mengimaginasikan kondisi pakcik yang terlantar koma tak sedar lagi. Mata saya seolah terlihat mesin dalam wad. Ya Allah. Mengalir air mata saya. Nasib baik tiada siapapun duduk di bangku sebelah saya. Bolehlah nangis puas-puas. Nasib baik saya berniqab, orang tak nampak pun saya nangis.

Berkali-kali saya istighfar minta Allah tenangkan hati. Syaitan seolah memainkan peranan. Saya sudah istigfar, zikir tapi saya tetap tak tenang. Baru ingat, tadi sebelum gerak, saya sempat ambil air wudhu. Ya, masih ada wudhu. Buka quran kecil dalam beg tangan. Istigfar, tarik nafas dalam-dalam.

Auzubillah hi minash syaithaanir rajim
Bismillahirrahmanirrahim.

Sambil baca, sambil mengalir air mata saya. Wallahi niqab saya dah macam kena air hujan. Sampailah saya di stesen KTM Setia jaya, saya perasan ada kelibat seseorang duduk di sebelah saya.
Saya pun terus, Sadaqallahul azim.

Terus saya alihkan pandangan mata dekat tingkap, risau makcik itu nampak saya menangis. Nanti dia cakap apa pula? Gaduh dengan suami? Suami pun tak ada lagi huh.

Bila saya asyik pandang tingkap. Makin tak stop saya nangis. Apa taknya, nampak makcik sebelah saya seolah sebaya dengan mama. Nampak gayanya dalam usia 40-an. Nampak fizikal pun macam mak, gaya pakai tudung pun macam mama. Ya Allah terus terbayangkan mak tengah duduk sebelah.

Baru terbayang mak tengah bebel sepanjang mengaji, kemudian Allah kirimkan pula insan sesosok seperti mak. Dahlah rindu mak, hanya orang yang merantau sahaja akan faham perasaan ini. Mengalir air mata saya. Dah busuk niqab saya ni basah.

Makcik tu perasan saya nangis, dia tepuk bahu saya.
“Nak… Kamu nangis nak? Kenapa?”

Ya Allah saat disentuh saja bahu saya, lagi bertambah teringat pada mama. Kalau mama nak pujuk anak-anak, dia mesti akan tepuk bahu dan usap-usap kepala. Rindunya dekat mak. Hanya Allah yang tahu rindu ini.

Entah perasaan ‘tak tahu malu’ mana yang datang. Boleh pula automatik kepala saya terus menangis di bahu makcik tu. Saya cerita semua dari A sampai Z. Makcik tu usap kepala saya. Makcik tu usap tangan saya. Orang sebelah mungkin dah pandang pelik. Tapi saya dah tak kisah. Kalau saya kata nak lepaskan segala tangisan, saya tetap akan lepaskan. Saya memang tak tahu malu. Biarlah. Biarlah orang kata apa.

Kerna kekuatan itu selalunya saya miliki setelah segala sebak dikeluarkan dan dilepaskan. Lama-kelamaan saya sudah rasa sedikit terpujuk. Biarlah bukan mak yang usap, at least saya terpujuk sebagai seorang anak perantau. Lepas saya dah ok, tenang.

Makcik tu cerita dia minggu lalu baru je balik dari Umrah. Banyak kisah pahit manis dia sempat sharing. Dia kata pelbagai ragam manusia boleh jumpa dekat sana. Saya angguk je dengar cerita dia.

Dan paling best, dia nasihatkan saya macam-macam. Dia kata jaga hati mak selalu. Orang yang kandungkan dan lahirkan kita. Rancak makcik tu sharing pengalaman. Sampailah kedengaran sound, “KL SENTRAL”

Pertukaran ke sekian sekian. Makcik tu cepat-cepat buka beg tangan, ambil sesuatu dan masukkan dalam genggaman tangan kanan saya.

“Nak simpanlah nak. Makcik Ikhlas.”

Kemudian perginya sosok itu. Allah, terkedu saya tanpa kata. Tak percaya. Sepanjang perjalanan tengah mengalir air mata.

SubhanAllah
Allahu Akbar..
Ya Razaq…
Ya Razaq…
Ya Razaq…

Pertamanya saya ingat rantai biasa sekadar gift dari Umrah. Bila saya belek rupanya rantai emas tulen. Saya tetap tak puas hati, bawa cek pi kedai. Dan ya benar emas tulen. Subhanallah.

Siapa Wanita Misteri yang Bagi Rantai Emas Kepada Gadis Ini?

Dan saat itu juga saya baru teringat sebelum balik keluar wad, makcik ada bagitahu kewangan mereka sekarang tak ada sangat dan melihat pakcik yang koma, mungkin memakan masa beberapa bulan untuk sembuh dan bekerja semula. Mana nak cari duit untuk makan adik-adik sepupu? Untuk belanja seharian?


Ya Allah. Sungguh Kau Maha Agung. Kau tunjukkan kebaikan-Mu dalam sekelip mata sahaja. Ya, emas itu cantik dan bernilai, tapi saya yakin Allah akan gantikan dengan pemberian yang lebih bernilai.

Benarlah, bila ada masalah, ujian, dan dugaan, banyakkan istigfar dari berfikir. Sebab istigfar akan membuka jalan. Sedang berfikir belum tentu membuka jalan.

BACA JUGA:
1: Kisah Gadis Belanja Seorang Pakcik Tiket KTM RM2 Dibalas RM300

Anda dialu-alukan untuk sebarkan ibrah tanpa perlu meminta keizinan pada saya. Sebarkanlah dan beritahulah seisi duniamu bahawa Allah Maha Besar! Makcik, semoga Allah merahmati makcik dunia dan akhirat.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments