Terkini

“Sila Cari Di Google, Hidung Dia Senget Atau Lurus?” – Awie Komen Rozana

Penyanyi dan pelakon Awie meminta bekas isterinya, Rozana Misbun agar tidak terus berbohong apabila bertindak mahu menuntut ganti rugi ‘patah hidung’ selain mengemukakan saman malu diaibkan terhadapnya.


“Sila Cari Di Google, Hidung Dia Senget Atau Lurus?” – Awie Komen Rozana

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, tindakan terbaharu Rozana itu disebabkan perasaan tidak puas hati terhadapnya namun dia tidak terkesan dengan perkara itu.

“Dia tuduh saya patahkan hidungnya, cuba anda sendiri buat carian di Google wajah dia sebelum dan selepas berkahwin dengan saya sama ada hidungnya senget atau pun lurus.


“Jangan terus berbohong hanya kerana masih tidak berpuas hati tetapi tidak mengapa teruskan kerana saya tidak terkesan pun dengan apa juga tindakannya,” katanya kepada mStar Online.

BACA: "Hidung Saya Patah, Saya Akan Saman Awie" - Rozana

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ceria Popstar 2016 di sini, Khamis.

Vokalis kumpulan Wings itu bakal bertindak sebagai juri tetap di samping penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dalam program itu.

Terdahulu, Awie bebas tuduhan memukul Rozana mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan selepas dia bersetuju memohon maaf selain membayar kompaun sebanyak RM10,000 terhadap bekas isterinya itu.

Permohonan maaf dilakukan dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin lalu.

Bagaimanapun Rozana berhasrat mengemukakan saman malu terhadap Awie kerana mengaibkannya dengan pelbagai fitnah melalui pihak media.

Dalam pada itu, Awie berkata, Rozana yang memulakan ‘peperangan’ di antara mereka sehingga ada pihak turut terlibat membantu dalam usaha memusnahkan karier seninya itu.

“Awal-awal dahulu saya memang tidak pernah cakap apa-apa sama ada di media atau laman sosial tetapi dia yang memulakan untuk memalukan saya malah ada membantunya dan tahniah kerana berjaya musnahkan hidup saya.

“Apabila ada wartawan tanya baru saya jawab itu pun saya minta komen saya ditapis sebelum ditulis,” jelasnya.

Sementara itu, Awie berkata, dia menerima pelawaan Astro sebagai juri tetap Ceria Popstar kerana tahu dua anaknya yang berada bawah jagaan Rozana iaitu Putra Ahmad Rezzki (8 tahun) dan Puteri Qasseh Antasha (6 tahun) akan menonton program berkenaan.

“Sudah lama saya tidak bertemu dengan mereka dan berharap kemunculan saya dalam program ini akan ditonton oleh anak-anak agar mereka dapat melepaskan rindu terhadap saya.

“Itu salah satu sebab saya terima selain ingin memberi pengalaman selama 30 tahun dalam bidang muzik kepada para peserta meskipun mereka masih kanak-kanak selain saya anggap mereka seperti anak-anak saya sendiri,” ujarnya.


Dalam perkembangan lain, Awie berkata, selain sibuk dengan undangan nyanyian dia bakal menerbitkan sebuah filem aksi dan berharap ia dapat menjalani penggambaran pada tahun ini juga.

Kata Awie, idea untuk menghasilkan filem berkenaan sudah dirancang sejak beberapa tahun lalu namun ia tidak dibuat tergesa-gesa kerana ingin memastikan ia dihasilkan dengan baik.

“Idea asal dan sinopsis saya tulis sendiri dan Insya-Allah jika tiada sebarang halangan saya harap penggambaran dapat dilakukan pada tahun ini,” katanya yang bakal muncul dengan filem Warna Cinta gandingan bersama Erra Fazira pada 31 Mac ini.

Sumber: Mstar

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments