Terkini


Siti Nurhaliza Jual Lebih 50 Pakaian Terpakai Di Instagram

Sebagai seorang penghibur yang sudah berkecimpung dalam industri hiburan lebih 20 tahun lamanya, sememangnya Datuk Siti Nurhaliza mengenakan pelbagai pakaian untuk persembahan atau sesi fotografi.


Siti Nurhaliza Jual Lebih 50 Pakaian Terpakai Di Instagram

Kini, penyanyi itu telah membuka satu akaun Instagram untuk menjual pakaian-pakaian lama yang direka oleh pereka fesyen yang bekerja dengannya, antaranya Bernard Chandran, pada harga serendah RM 100.

Katanya kepada mStar Online:

Saya sifatkan ini adalah jualan, bukan lelongan sebab itulah saya muat naik di Instagram. Penjualan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat. Saya juga mengakui perlu mengasingkan baju yang masih saya pakai dan yang sudah tidak dipakai untuk mengatur semula bilik pakaian saya.

Kerjaya saya ini (sebagai penyanyi) akan membuatkan pakaian yang dipakai selalu berganti dan saya perlu ruang untuk baju-baju yang baru.


Saya keluarkan pakaian itu seminggu ada dua kali, kadang-kadang ada mencapai 10 helai seminggu saya muat naik di Instagram.


Baju yang ada kenangan sendiri saya akan simpan, saya hanya menjual baju yang saya pakai sekali atau dua kali sahaja. Ada juga baju kasual yang tidak muat lagi.

Alhamdulillah, sejak saya mula buka akaun Instagram untuk penjualan baju-baju ini ramai peminat yang membelinya untuk koleksi mereka.

Akaun Instagram yang menggunakan handle @prelovedctdk11 itu kini mempunyai 17,600 pengikut dan ramai menunjukkan minat untuk membeli koleksi pakaian tersebut yang semuanya hanya dipakai sekali atau dua kali sahaja.

Siti Nurhaliza Jual Lebih 50 Pakaian Terpakai Di Instagram

Mereka yang berminat bolehlah ke Instagram tersebut untuk meninjau dan membeli jika suka. Bagaimanapun, jangan jangkakan ada saiz-saiz plus untuk pakaian terpakai ini, semuanya saiz S atau M sahaja memandangkan Siti juga memang seorang bersaiz kecil.

No comments