'Spiderman Kelantan' Jual Nasi Lemak Nafi Dikasari Penguatkuasa

KOTA BHARU: 'Spiderman Kelantan' yang terkenal kerana menjual nasi lemak di sekitar bandar ini, menafikan dikasari anggota Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) seperti yang tersebar luas di laman sosial Facebook.


'Spiderman Kelantan' Jual Nasi Lemak Nafi Dikasari Penguatkuasa

Zawawi Ghazali, 29, yang memakai kostum adiwira itu turut menafikan barang jualannya termasuk 'Nasi Lemak Spiderman RM2' dirampas ketika berniaga di hadapan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra di sini, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

"Tiada kekasaran, malah barang jualan saya seperti nasi lemak dan minuman coklat tidak dirampas. Mereka cuma nasihat," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Zawawi menjelaskan, beberapa penguat kuasa MPKB-BRI menghampiri tempat jualannya kerana aduan orang ramai berikutan berniaga di kawasan larangan dan menasihatinya supaya memohon lesen menjaja.

"Saya terus memohon lesen perniagaan daripada MPKB dan sedang diproses. Memang dah lama saya nak mohon lesen tapi tak sempat.

'Spiderman Kelantan' Jual Nasi Lemak


"Dengan lesen niaga selepas ini, saya harap semua usaha saya dipermudahkan dan saya harap orang ramai tidak menyebarkan perkara tidak benar kerana boleh menimbulkan fitnah," katanya.


Sementara itu, Setiausaha MPKB-BRI, Nik Mohamed Noor Nik Ishak, berkata pihaknya hanya mengeluarkan amaran kerana Zawawi berniaga di kawasan larangan.--Berita Harian


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments