Terkini

Suami Isteri Maut, Kereta Dilanggar Lori

Kota Tinggi – Sepasang suami isteri maut apabila kereta dinaiki mereka dilanggar sebuah lori membawa muatan batu turap di Kilometer 35.5, Jalan Johor Baharu-Mersing, di sini, pagi tadi.


Suami Isteri Maut, Kereta Dilanggar Lori

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata mangsa Jamal Ismail, ?44, dan Nor Azlizah Mohd Sofian Lew, 35, maut di tempat kejadian selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka dilanggar pada sebelah tepi oleh lori terbabit yang dipercayai datang dari arah Johor Baharu menghala ke Mersing.


“Kereta mangsa turut diseret sejauh kira-kira 70 meter ke tepi parit jalan menyebabkan Nor Azlizah (isteri) dan suaminya yang duduk di bahagian penumpang cedera parah di bahagian kepala dan badan,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Manakala, pemandu lori hanya mengalami luka-luka kecil di muka dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami →



No comments