Terkini

Susulan Kes Murid Gunting Lidah, Hasil Siasatan Merungkai Sesuatu Di Luar Jangkaan!

SHAH ALAM: Beberapa hari yang lepas seorang pelajar Sekolah Rendah Bukit Tinggi, Klang dikatakan telah dibuli oleh sekumpulan pelajar tahun tiga sehingga menyebabkan dia bertindak mengunting lidah sendiri selepas diugut oleh mereka yang berkenaan.



Namun, tersebar satu kenyataan salah seorang guru sekolah berkenaan bahawa mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Alif Shukran dipercayai tidak dibuli.


Menurut Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd. Nor berkata, sehingga kini, sekolah terbabit masih gagal mengenal pasti sekumpulan murid lain yang memaksa Muhammad Alif Shukran berbuat demikian.

“Budak ini memang gunting lidah sendiri. Kawan sebelah beritahu sekolah. Cikgu ada dalam kelas, tiba-tiba budak ini menangis pukul 6 petang tapi tidak tahu dibuli atau tidak.

“Sampai sekarang pihak sekolah tidak jumpa siapa pembuli. Kejadian pukul 6 petang. Ini laporan daripada sekolah kepada Jabatan Pendidikan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini kepada pihak Utusan Online.

Tambah Zainuren lagi, pihaknya akan menjalankan siasatan lebih lanjut mengenai kes ini dan akan menentukan sama ada Alif sengaja mereka cerita ataupun tidak. Gara-gara kejadian ini, lidahnya putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments